
Kini waktu berpantang hanya diikut berasaskan kepercayaan masing-masing terutamanya buat ibu-ibu muda atau lebih tepat lagi generasi moden ini (Kitalah) . Jadi sila berhati-hati & ambil tindakan serius waktu pantang ini.Seharusnya waktu berpantang ini molek kiranya kita dijaga orang tua sama ada ibu @ ibu mertua kerana mereka adalah golongan berumaur yang kaya pengalaman.Jangan DEGIL & ketepikan syak wasangka dalam diri kerana takut buruk padahnya nanti.Bukan tak percaya golongan muda seperti adik beradik kita atau saudara rakan sebaya (muda)...tapi,demi kesihatan masa akan datang padamkanlah api ego diri ibu-ibu tersebut,mengalah demi si comel..insyaallah Allah selalu berada disisi hambanya...
Waktu ini harus dimanfaatkan oleh kaum ibu yang baru melahirkan anak untuk pulih sepenuhnya.Berpantanglah untuk kesihatan diri .Demi diri sendiri ,suami,anak-anak mahupun kelurga trcinta.Sama ada bersalin NORMAL @ BEDAH sekali lagi ditegaskan,"Berpantanglah".
Ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan jangan mengambil makanan daripada satu jenis kumpulan sahaja.
Jangan hanya ikut selera...masa berpandang selera TOLAK ketepi yang penting SIHAT dahulu.
Demi si COMEL anda. Ibu menyusu dan selepas bersalin perlu mempelbagaikan makanan secara seimbang dan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.
Secara tradisinya, para ibu akan mengelak daripada mengambil makanan
yang sejuk dan digalakkan mengambil makanan yang panas semasa
berpantang. Antara makanan yang dikategorikan mengikut kepercayaan:
- Makanan sejuk: kangkung, taugeh, kobis, timun, betik, nangka.
- Makanan panas: telur, ayam, daging, organ dalaman spt hati, peparu.
- Makanan berangin: teh, sayuran berkanji.
- Makanan tajam: nenas.
- Makanan beracun: makanan laut dan kebanyakan jenis ikan.
Minumlah air yang banyak semasa berpantang untuk mengelakkan sembelit yang sering berlaku selepas bersalin dan juga untuk penyusuan susu ibu.
Selain itu, terdapat supplemen tambahan seperti jamu atau vitamin untuk membantu membaikpulih badan selepas bersalin.
" INGAT KAUM HAWA,
BADAN NAK PAKAI LAMA,
SIHAT HARUS DIJAGA,
CANTIK HARUS SENTIASA,
JADI JANGAN PANTANG IKUT SUKA!!!!!
BURUK PADAHNYA!!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan