Khamis, 28 November 2013

PUISI:- aku , kau & DIA .

langkah terhenti seketika disini
saat mata melirik 
syahdu potret kenangan lalu
indah...
cukup indah sisipan itu
tiap helaian ku selak lembut
ditemani senyum ,tawa & pilu...
mengenang saat manis dulu-dulu
cuba bangkit tinggalkan helaian itu
namun,pita kenangan masih ligat berputar
satu persatu cerita lama
seolah ditayang semula...
karma atau sebaliknya.
ku cuba memandang mengalih perhatian
semakin sebak terasa
tersentuh dek kenangan lama
sebuah kenangan yang lama terkubur tanpa nisan
yang pasti adakah masih kita terkenang
walaup cerita itu hanya aku ...kau & Dia yang tahu...

29/11/2013
sofia (salamjelita)

Jumaat, 22 November 2013

RUANG SUNYI HATI.

sekadar aku bermimpi

cuba mengkhayal menjauhi realiti

cuba mencari dan ingin mengisi

ruang sunyi dalam hati

ruang yang sepatutnya terisi

ruang yang tiada apa yang tersembunyi

ruang yang akan menjadi peneman hati...

kala diri terasing di dunia ini..

aku bukan cendiakawan yang bijak berbahasa

juga bukan pemuitis yang mahir menyusun kata

juga bukan pendeta bijak laksana

kerna aku hanya insan  biasa
menulis meluah rasa

menulis menggabung kata

cuba merantai ungkapan rasa

untuk menghiasi ruang sunyi hati

yang entah bila akan terisi

entah..esok...lusa...

atau suatu hari nanti...

AKU & DUNIAKU.

KITA & KENANGAN LALU.


Selangkahmu meninggalkan aku 

Seumpama seribu tahun kau menjauhiku

Membiarkan aku terlambat mengejar setiap mimpiku

Dek kerna menghamburkan titis tangis untuk kepergianmu….

Mudah kau ucapkan ,mudah jua kau putuskan

Dimana hilang janjimu dan kemanakah hilang setiamu

Yang dulu gah kau canangkan di pentas hatiku

Bongkak kau tuturkan  bait keegoanku

Yang kau gambarkan selalu silap di kaca matamu

Apa saja ku lukiskan di kanvas cintamu

Warnanya tak indah untukmu..

Kini haluan kita yang berbeza

Ceracak duri dan liku haluannya turut tak serupa

Tapi ku yakin kita masing –masing gagah melaluinya…

Doaku kita selalu bahagia.

1.1.2013

Coretan Hati Cerminan Nurani....salam perkenalan...salamjelita...

MANDUL...& STIGMA PEMIKIRAN YANG DIMANDULKAN.

ASSALAMUALAIKUM...BERJUMPA LAGI...

Mengapa harus dihukum dengan kata cacian & umpatan wanita yang masih belum punyai zuriat walau telah lama berkahwin????
Mengapa stigma pemikiran masyarakat masih lagi cetek lagi dangkal cuba memberi jawapan pada soalan yang mereka sendiri belum tentu ada jawapannya??? pendek kata tak ada jawapan langsung!!!!
Apakah wajar wanita yang bergelar seorang isteri yang masih belum punya anak di beri gelaran "MANDUL"...atau sepatutnya kah mereka yang memberi gelaran ini wajar kita mahkotakan "MANDUL PEMIKIRAN"??????
bukan mengata ,sekadar meluahkan rasa ketidak puasan dalam diri,apalah guna diperbesarkan isu ini dalam keluar hingga melibatkan pihak yang tak sepatutnya turut campur...
inikah cara mencari penyelesaian????
berapa banyak wanita diluar sana dihukum dengan kejam mentalnya kerana isu ini???
hinggakan ada yang akur merelakan & tunduk pada situasi...contohnya kahwin 1 lagi (bermadu)...
resolusi yang culup indah pada kaca mata lelaki yang bergelar suami tapi,hakikat yang amat pahit buat si isteri...
mengeluh pada pemikiran yang telah dimandulkan sebegini.Cukup sekadar kita mengetahui,bukan menghakimi.