MANDUL...& STIGMA PEMIKIRAN YANG DIMANDULKAN.
Mengapa harus dihukum dengan kata cacian & umpatan wanita yang masih belum punyai zuriat walau telah lama berkahwin????
Mengapa stigma pemikiran masyarakat masih lagi cetek lagi dangkal cuba memberi jawapan pada soalan yang mereka sendiri belum tentu ada jawapannya??? pendek kata tak ada jawapan langsung!!!!
Apakah wajar wanita yang bergelar seorang isteri yang masih belum punya anak di beri gelaran "MANDUL"...atau sepatutnya kah mereka yang memberi gelaran ini wajar kita mahkotakan "MANDUL PEMIKIRAN"??????
bukan mengata ,sekadar meluahkan rasa ketidak puasan dalam diri,apalah guna diperbesarkan isu ini dalam keluar hingga melibatkan pihak yang tak sepatutnya turut campur...
inikah cara mencari penyelesaian????
berapa banyak wanita diluar sana dihukum dengan kejam mentalnya kerana isu ini???
hinggakan ada yang akur merelakan & tunduk pada situasi...contohnya kahwin 1 lagi (bermadu)...
resolusi yang culup indah pada kaca mata lelaki yang bergelar suami tapi,hakikat yang amat pahit buat si isteri...
mengeluh pada pemikiran yang telah dimandulkan sebegini.Cukup sekadar kita mengetahui,bukan menghakimi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan