Jumaat, 22 November 2013

RUANG SUNYI HATI.

sekadar aku bermimpi

cuba mengkhayal menjauhi realiti

cuba mencari dan ingin mengisi

ruang sunyi dalam hati

ruang yang sepatutnya terisi

ruang yang tiada apa yang tersembunyi

ruang yang akan menjadi peneman hati...

kala diri terasing di dunia ini..

aku bukan cendiakawan yang bijak berbahasa

juga bukan pemuitis yang mahir menyusun kata

juga bukan pendeta bijak laksana

kerna aku hanya insan  biasa
menulis meluah rasa

menulis menggabung kata

cuba merantai ungkapan rasa

untuk menghiasi ruang sunyi hati

yang entah bila akan terisi

entah..esok...lusa...

atau suatu hari nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan