Pertubuhan
Kesihatan Sedunia menganggarkan 1 daripada 3 penduduk dunia menghidap
tekanan darah tinggi. Dianggarkan penyakit ini dihidapi oleh 1 daripada 3
orang dewasa yang berusia 25 tahun ke atas (atau kira-kira 1 bilion
orang) di seluruh dunia dan telah menyebabkan hampir 9.4 juta kematian
akibat serangan penyakit jantung dan strok pada setiap tahun, selain
meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang dan juga menjadi penyebab
buta.
Di
negara ini, penemuan oleh Persatuan Hipertensi Malaysia menunjukkan
hanya 40 peratus rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi
didiagnosis secara tepat dengan penyakit itu. Ini kerana hipertensi atau
darah tinggi kurang menunjukkan gejala mahupun mempunyai gejala
kehadiran secara berterusan yang bermakna jumlah sebenar lebih tinggi
daripada yang direkodkan.
JULAT TEKANAN DARAH YANG SIHAT
> Kurang daripada 120 sistolik, 80 diastolik
Seseorang itu perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat dan menjalani pemeriksaan kesihatan 2 tahun sekali.
BERISIKO MENGALAMI HIPERTENSI
>130 sistolik, 85-89 diastolik
Seseorang
itu perlu memulakan perubahan gaya hidup untuk mengelakkan hipertensi
dan menjalani pemeriksaan kesihatan 1 tahun sekali.
TEKANAN DARAH TINGGI
>Lebih daripada 140 sistolik, 90 diastolik
Seseorang itu perlu berjumpa doktor dan berbincang dengan doktor cara terbaik untuk mengawal tekanan darah.
* Sistolik - bacaan tekanan di bahagian atas
* Diastolik - bacaan tekanan di bahagian bawah


Tiada ulasan:
Catat Ulasan