ASSALAMUALAIKUM...SALAMJELITA...bersua lagi di lembaran & catatan hari ini...khas untuk wanita yang lepas bersalin & dalam proses pemulihan. Harap info ini berguna buat anda....Selamat Membaca!!!
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt
adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi
pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
Bagi
wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan
sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah
yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi
pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt
mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan
riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat
besi, fosforus dan kalium. Bakteria yang terkandung di dalam yogurt
berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam
susu).
Dan seterusnya …
Bakteria itu bertindak secara merangsang
sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan
menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus,
menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di
samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan
lancar.
Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan
kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan
manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan. Sebaiknya, pilihlah yogurt
yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang
rendah.
Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan
1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Membantu Dalam Proses Pencernaan
3. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
4. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
5. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
6. Mampu Mengurangkan Berat Badan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan