1. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri ( salur darah) apabila jantung mengepam darah.
2. Tekanan darah diastolic ialah tekanan darah dalam arteri apabila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Kategori tekanan darah tinggi
|
Tekanan darah sistolik ( angka bacaan di atas ) mmHg
|
Tekanan darah diastolic ( angka bacaan di bawah ) mmHg
|
Normal
|
<120
|
<80
|
Pra hypertensi
|
120 – 139
|
80 – 89
|
Hypertensi/ tekanan darah tinggi peringkat 1
|
140 – 159
|
90 – 99
|
Hypertensi / tekanan darah tinggi peringkat 2
|
>160
|
> 100
|
Antara gejala awal penyakit tekanan darah tinggi adalah :-
- · Sakit kepala
- · Pendarahan dari hidung
- · Pening
- · Wajah kemerahan
- · Cepat merasa penat.
Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:-
- Usia - Kebanyakan arteri menjadi kaku apabila usia meningkat dan keadaan ini meningkatkan halangan aliran dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan – sekiranya ada diantara ibu bapa ataupun saudara-mara yang menghidap penyakit ini, kemungkinan mendapat penyakit yang sama adalah tinggi.
- Jantina – Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita. Merokok, pengambilan berlebihan alcohol dan garam, kegemukan, kurang senaman, stres yang berlebihan, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit adrenal, kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegahan kehamilan juga dapat menjadi punca kepada penyakit tekanan darah tinggi.
.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan